Tahukah Anda Betapa Sakitnya Rawatan Pemindahan Buah Pinggang?

Purata tahunan menunjukkan 4,500 orang pesakit buah pinggang meninggal dunia di Amerika Syarikat ketika sedang menunggu rawatan pemindahan buah pinggang. 
Keadaan ini berlaku bukan disebabkan kurang pendermaan organ tersebut tetapi disebabkan keadaan untuk mendapatkan organ yang serasi dengan tubuh penerima.

Jika buah pinggang penderma tidak serasi dengan tubuh penerima, akan berlaku situasi yang disebut sebagai 'rejecting' atau penolakan lalu menyebabkan kematian.

Justeru pakar perubatan akan melakukan ujian darah dan ujian darah lain untuk mendapatkan kombinasi enam antigen agar serasi.

Tahukah anda ?

Mana-mana dua orang individu secara rawak mempunyai satu dalam 100,000 peluang bahawa semua enam antigen mereka akan sepadan.

Walaupun sudah sepadan, ia bukanlah jaminan bahawa buah pinggang tidak ditolak oleh tubuh penerima.

Petanda Buah Pinggang Sedang atau Beransur Rosak:

  1. Bengkak pada pergelangan kaki
  2. Sakit belakang
  3. Lemah Tenaga Batin
  4. Perut Semakin Membuncit
  5. Air Kencing berbuih kerana kehadiran protien
  6. Tiada Selera Makan
  7. Tidak bertenaga
  8. Selalu merasa haus
  9. Cepat letih dan mengantuk
  10. Selalu rasa loya atau muntah

Jagalah kesihatan buah pinggang anda sebelum terlambat.

P/S : Semoga kita dapat menjaga buah pinggang kita dengan baik.

0 comment... add one now