Suka Kunyah Ais Petanda Seseorang Hidap Anemia

Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais. Sepertinya ia sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bahaya tak kunyah ais? Dan apa yang menyebabkan seseorang suka kunyah ais?
Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepadaanemia.

Apa itu anemia?
Tabiat mengunyah ais ini pula dinamakan Pagophagia
'Pica' adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.
Orang yang suka kunyah ais juga adalah pentanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

0 comment... add one now