Sufian Suhaimi ft Aiman Tino mash up Terakhir & Ku Rela Dibenci


Nama Aiman Tino tiba-tiba sahaja naik selepas lagunya Ku Rela Dibenci mendapat lebih 5 juta tontonan hanya dalam 2 bulan di Youtube. Aiman Tino atau nama sebenarnya Muhammad Aiman bin Yusri baru sahaja berumur 18 tahun. 

Tidak mahu memandang ke belakang selepas namanya naik, Aiman ingin serius dalam bidang seni ini. Dia mula belajar vokal dari ayahnya sendiri sejak usianya 10 tahun. Selain daripada serius dalam bidang nyanyian Aiman juga minat memasak selain menguruskan perniagaan makanan asam pedas keluarganya di Johor Bahru. 

Mungkin pelik bagaimana nama Aiman Tino boleh muncul, segalanya disebabkan oleh ibunya yang terlalu meminati penyanyi 80-an yang berasal dari Tanjung Karang, Hermantino hinggalah nama itu melekat padanya. 


0 comment... add one now