Statistik Terkini Penduduk Malaysia 2016


Statistik penduduk Malaysia 2016. Berapa jumlah penduduk Malaysia terkini? Menurut statistik tahun 2016, penduduk Malaysia sudah mencapai jumlah dianggarkan sebanyak 31.7 juta orang di mana 89.7% bagi warganegara manakala bukan warganegara adalah sebanyak 10.3%.

Menurut laporan banci ini juga, penduduk lelaki lebih tinggi berbanding wanita di mana lelaki kini berjumlah 16.4 juta manakala wanita pula seramai 15.3 juta orang.

Mengikut statistik bagi negeri, Selangor mempunyai jumlah penduduk tertinggi di Malaysia dengan 19.95% diikuti Sabah 12.0% dan Johor 11.5% manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit adalah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, di mana kedua-duanya mempunyai peratusan yang sama sebanyak 0.30%.

Daripada 31.7 juta penduduk Malaysia, kumpulan etnik yang terbesar adalah Bumiputera iaitu merangkumi sebanyak 68.6% jumlah penduduk, Cina 23.4%, India 7.0% dan lain-lain 1.0%.

0 comment... add one now