Song Hye Kyo Dinobatkan Aktres Miliki Hidung Paling Sempurna

Song Hye Kyo Dinobatkan Aktres Miliki Hidung Paling Sempurna

SEBUAH laman hiburan Korea telah menobatkan heroin drama bersiri Full House, Song Hye Kyo sebagai selebriti yang memiliki hidung paling sempurna.
Selain mendapat pengiktirafan itu, Song Hye Kyo juga tergolong dalam kalangan antara pelakon cantik Korea Selatan.
Laman hiburan yang dikenali sebagai Instiz atau Instincts itu membuat penilaian berdasarkan struktur bentuk hidung yang semula jadi dan tidak kelihatan seperti menjalani pembedahan.
Song Hye Kyo Dinobatkan Aktres Miliki Hidung Paling Sempurna
Song Hye Kyo Dinobatkan Aktres Miliki Hidung Paling Sempurna
Bahkan, ramai pakar pembedahan plastik turut mengakui hal berkenaan. Mereka sebulat suara menyebut Song Hye Kyo sebagai wanita berhidung paling cantik selain selebriti seperti Lee Hyori, Han Ga In, dan Min Hyo Rin.
Tidak hairanlah, selain bakat lakonannya yang mengagumkan, Song Hye Kyo turut menjadi pilihan produser temapatan untuk meneraju beberapa watak utama dalam projek hebat.
Ia termasuk siri Full House, That Winter, The Wind Blows, dan terbaru Descendants of the Sun yang turut menjadi kegilaan peminat drama Korea di Malaysia.
Selain menjadi rebutan dalam kalangan pengarah tempatan untuk membintangi drama atau filem mereka, Song Hye Kyo juga menjadi tumpuan pengusaha dan syarikat pengiklanan untuk dijadikan sebagai duta produk dan model syarikat mereka. 

0 comment... add one now