Siapa Sangka Buruh Bangladesh Yang Dirawat Doktor Ini Seorang Pakar Dalam Bidang Farmasi


Siapa sangka, seorang pekerja buruh daripada Bangladesh yang berpakaian lusuh dengan kasut binaan kuning yang telah dirawat oleh seorang doktor ini merupakan seorang pakar dalam bidang farmasi?
Itu yang diceritakan oleh seorang doktor dari Johor Baharu, Dr. Goh Aik Ping melalui laman Facebooknya menceritakan pengalaman selepas merawat seorang pesakit.

Pekerja berkenaan ketika menerima rawatan dengan doktor berkenaan meminta beliau merawat masalah kesihatannya dengan menyebut nama penyakit dan ubat-ubat yang patut digunakan untuk merawat penyakitnya.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia berdiam diri,” tulis Dr. Goh.

Selepas memeriksa pesakit berkenaan, Dr. Goh memberitahunya yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, gastroenteritis sebagai punca cirit-biritnya.

Belum pun sempat belum menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai ubat seperti Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin, nama-nama yang kompleks yang hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan.

“Saya tertanya-tanya bagaimana lelaki ini boleh tahu nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” 
Tindakan pesakit berkenaan membuatkan Dr Goh terkejut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya buruh binaan Bangladesh ini membuatkan dia cuba mengupas identiti sebenar lelaki itu dan akhirnya terjawab dia sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di negara asalnya.
“Saya belajar farmasi dan adik saya pula seorang doktor. Saya mengambil keputusan meninggalkan negara itu ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana (Bangladesh),” kata pesakit.
Dr Goh dalam pada pada itu memberitahu dia berasa sedih kepada lelaki itu kerana dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk datang ke bumi Malaysia menjadi buruh binaan, sanggup bekerja keras di bawah matahari panas, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan kepakarannya.
“Saya tidak dapat membantunya, sekadar mengeluh sahaja.”
Beliau dalam pada itu memikirkan nasib rakyat malaysia jika negara kita berhadapan dengan ketidakstabilan politik, adakah kita juga akan merantau ke negara orang yang lebih maju, menjadi kuli dan buruh tetapi menikmati hidup yang lebih baik dari negara sendiri.
 
 Sumber TheCoverage.my & Siakap Keli

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Ogos 09, 2016
itulahhh, mek pernah di sapa mat bangla dekat petrolpump. dia tuang minyak kat kreta mek, so mek tunggu la kat luar. borak dengan dia. dia ckp dia ade degree in ape entah, lupa. tapi mcm nk prcya tak prcya jugak lerr. tny knp dtg malaysia, dia ckp dekat negara dia dh xde pluang pkerjaan. sedangkan hdup nk mkn. smpai bile nk tunggu. perrrgghh. kalau kita, tunggu lerrr bape lame pon asalkan keje tu setaraf dengan ijazah :)