Selepas Sabah, Penduduk Teluk Intan Pula Alami Awan Bergulung Seperti Ombak

Jika sebelum ini penduduk di Sabah pernah dikejutkan dengan fenomena alam yang agak pelik apabila awan berkumpul dan membentuk seperti ombak. Kini, penduduk di Teluk Intann, Perak mengalami pengalaman bertuah apabila dapat menyaksikan fenomena alam garis badai atau 'arcus clouds'.

Seorang penduduk, Lee Soo Phu berkata, menyatakan yang dia terkejut selepas melihat keadaan awan pada jam 8 pagi. Apa yang lebih menakutkannya apabila orang mengatakan ianya tsunami namun lega apabila ianya hanya kepulan awan.
“Saya bimbang tidak dapat menyelamatkan diri sebaik mendengar jeritan orang yang mengatakan tsunami berlaku.
“Bagaimanapun saya lega apabila mendapati ia hanya formasi awan pelik dan jeritan itu adalah gurauan,” katanya ketika dihubungi.
Ramai juga netizen yang menyangka ianya hanya gambar kejadian yang sama seperti di Beaufort, Sabah pada Jun lalu. 
Fakta :Garis badai adalah istilah digunakan bagi menjelaskan mengenai garisan ribut petir yang bergerak dan panjangnya boleh mencapai hingga 100 kilometer serta mempunyai tempoh hayat beberapa jam dianggap lebih lama daripada komponennya ribut petir.


0 comment... add one now