Samsung Note 7: Ciri penting perlu diketahui sebelum berhabis wang

Samsung Note 7: Ciri penting perlu diketahui sebelum berhabis wang


PENGGEMAR telefon pintar pastinya mengetahui kehadiran produk terbaharu syarikat teknologi Korea, Samsung yang diperkenalkan kepada khalayak pada Rabu.

Samsung Note 7 mempunyai aplikasi yang anda mahu pada telefon pintar, Android.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya, apa kata teliti dulu tujuh ciri penting ini.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung Note 7 datang dengan ciri iris scanner, yang bermakna anda bolehunlock telefon hanya menggunakan mata. Ia bagaimanapun masih mempunyai fingerprint scanner yang tentunya berguna kepada mereka yang memakai cermin mata atau kanta lekap.

TAHUKAH ANDA ...

Biarpun menawarkan kamera dengan 12 megapiksel (seperti kebanyakan telefon pintar lain di pasaran), ia tetap mempunyai keistimewaan apabila ciri f/1.7 OIS pada kamera belakang mampu memberi kejutan, selain kelebihan skrin yang besar yang tentu sekali lebih baik untuk mendapatkan gambar denganframe yang menarik.

Samsung Note 7 kini jadi buruan penggemar telefon pintar.
Samsung Note 7 kini jadi buruan penggemar telefon pintar.



TAHUKAH ANDA ...

S Pen pada Note 7 membolehkan anda menulis tanpa perlu membuka (on) skrin, selain membuat fail GIF secara terus daripada video yang sedang dimainkan.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung Note 7 diberi rating IP68, yang bermaksud ia boleh berfungsi walaupun terkena hujan lebat atau terjatuh ke dalam air.

TAHUKAH ANDA ...

Samsung mengeluarkan VR Headset khusus untuk Note 7, memandangkan headset untuk siri S dan Note sebelum ini tidak boleh digunakan dengan Note 7.
TAHUKAH ANDA  ...

Dengan kemasan cermin bersimetri penuh dan logam, Note 7 dikatakan telefon pintar yang mempunyai reka bentuk terbaik dan tercantik.

TAHUKAH ANDA...

Menurut laporan, Samsung Note 7 boleh mula didapati di Malaysia 19 Ogos ini dengan harga RM3,199.

0 comment... add one now