Rio 2016: Lin Dan tersungkur, Chong Wei mara ke final


Fuh! Perlawanan yang sungguh mendebarkan antara dua musuh tradisi sukan badminton sebentar tadi. Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya mengalahkan musuh tradisi beliau, Lin Dan 15-21, 21-11, 22-20.

Di set pertama, Lin Dan memberi tentangan sengit kepada Lee Chong Wei dan menang di set pertama 15-21. Di set kedua, Lee Chong Wei mudah menjinakkan Lin Dan 21-11. Di set penentuan, Lee Chong Wei menang bergaya terhadap Lin Dan 22-20.

Ini merupakan kemenangan pertama Chong Wei di Olimpik terhadap Lin Dan selepas Lin Dan menafikan pingat emas Olimpik Chong Wei dua kali sebelum ini; di Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Kini misi Lee Chong Wei untuk memburu emas pertama di Olimpik nampak semakin cerah apabila beliau akan bertemu sama ada Cheng Long atau Viktor Axelson dari Denmark di perlawanan final nanti.

Tahniah buat Chong Wei. All the best di final nanti. Satu Malaysia di belakang kamu!

0 comment... add one now