Rio 2016: Comel Liu Ying buat Indonesia 'jatuh cinta'

Rio 2016: Comel Liu Ying buat Indonesia 'jatuh cinta'

MEREKA berangkat ke Sukan Olimpik Rio tanpa sebarang harapan. Justeru kemampuan mereka menuai pingat perak adalah sesuatu yang patut diraikan.

Itu yang sebulat suara dipersetujui oleh netizen selepas pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas di tangan lawan dari Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, dalam aksi final.

Kata-kata semangat dan ucapan penghargaan tidak putus-putus membanjiri laman sosial, di sebalik kritikan beberapa pihak yang mungkin berpunca daripada rasa kecewa apabila harapan untuk melihat lagu Negaraku berkumandang di Rio belum dapat dilangsaikan.
Agak menarik juga apabila ramai penonton, khususnya di Indonesia, lebih tertarik untuk memperkatakan tentang 'kecomelan' Liu Ying.

Penampilan 'rambut ombre' (warna kebiruan) Liu Ying, ditambah dengan semangatnya, dilihat satu tarikan bagi mereka.






Harapan emas Malaysia bagaimanapun masih berterusan, menerusiperseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam acara badminton, serta Pandalela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam acara terjun 10 meter (wanita).


0 comment... add one now