Raja Azmi buktikan kraker krim jenama Hup Seng tiada plastik, orang mahu sabotaj!

Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa biskut kraker krim jenama ‘Hup Seng’ mengandungi plastik kerana ia terbakar apabila api dinyalakan. Dalam video yang dirakam tersebut, seorang lelaki berbangsa cina merakam dalam video aksinya membakar kraker Hup Seng. Dakwanya, terdapat sejenis cecair yang menitik apabila biskut Hup Seng dibakar, dan dakwanya juga cecair yang menitik itu iialah plastik dalam adunan kraker Hup Seng yang cair apabila dibakar.
butterhupsengInilah video yang diperkatakan itu.
Pengarah Raja Azmi bagaimanapun telah merakam satu video yang membuktikan biskut kraker Hup Seng sebenarnya tidak mengandungi plastik seperti yang didakwa. Sebaliknya, apa yang berlaku ialah, yang menitik itu ialah marjerin atau mentega yang digunakan untuk menghasilkan kraker tersebut. Kata Raja Azmi, kandungan mentega yang tinggi menyebabkan rasa biskut kraker itu lemak dan sedap berbanding jenama lain. Apabila dibakar, minyak itu menitis dan menyerap ke dalam kertas. Jika ia plastik, ia pasti akan menjadi keras pada  permukaan kertas.
Raja Azmi telah memuat naik video tersebut ke akaun Instagram miliknya. Turut berada di samping Raja Azmi dalam video tersebut ialah vokalis kumpulan rock 80-an iaitu Eddie CRK yang juga suaminya.
Sumber- amazingnara 

0 comment... add one now