Peti Ais Berbau? Amalkan 5 Tips Berguna Ini, Memang Menjadi!


Mana tak berbau kalau semua jenis makanan korang main sumbat je dalam peti ais tu. Makanan yang dah tak boleh makan pun lupa nak buang , jadi jangan merungut kalau peti ais korang ada bau yang kurang menyenangkan okay. Tapi jangan risau, kami ada tips berguna, korang boleh ikut dan amalkan agar peti ais tidak berbau lagi. Jom baca dekat bawah ni:

Roti

Masukkan 2,3 keping roti kosong dalam oeti ais. Biarkan selama 5 hingga 14 hari untuk roti tu jadi kering. Roti akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk korang.

Esen Vanila

Sediakan mangkuk yang berisi air dan titik beberapa esen vanilla. Korang letak dalam peti ais . Esen vanilla akan keluarkan bau yang harum. Selesai cuci peti aias, korang titis esen vanilla pada kain bersih dan sapu dalam bahagian peti ais sampai rata. Kesannya, peti ais korang akan berbau segar.

Arang

Arang? Ya, korang letak 2, 3 ketul arang dalam peti ais. Cara kedua , letak arang bersama hirisan limau purut. Segala bau yang tidak senang akan hilang. Arang memang berfungsi untuk membuang segala bau yang menjengkelkan.

Nenas

Letak kulit nenas dalam peti ais hingga menjadi kecut . ganti dan letak kembali kulit nenas yang baru.

Soda bikarbonat

Bancuhkan beberapa sudu bikarbonat bersama air , ambil kain dan  lap seluruh bahagian dalam peti ais. Hasilnya akan tiada bau selepas itu.

0 comment... add one now