Permohonan Online Jawatan Kosong APMM 2016

Adakah anda seorang lepasan SPM/SKM/SVM yang sedang mencari jawatan kosong yang bersesuaian dengan kelayakan anda? Berita baik melalui makluman Facebook SPA, pengisian jawatan kosong untuk beberapa jabatan termasuk di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk jawatan sebagai Laskar Kelas II Maritim Gred T1 akan dibuat pada bulan Ogos 2016.
Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di beberapa jabatan dan kementerian seperti berikut :-

Lulusan SPM/ SKM/ SVM

- Juruteknik Komputer Gred FT19 (Jabatan Perkhidmatan Awam) : 30 kekosongan
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1 (APMM) : 150 kekosongan
- Pembantu Tadbir (Pekeranian/ Operasi) Gred N19 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri perlis) : 12 kekosongan

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

Pemohon adalah perlu untuk membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. 

Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 23 Ogos 2016 jam 1159 malam. 

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Ogos 2016
Maklumat Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Berikut dikongsikan maklumat jawatan dan syarat kelayakan serta jumlah/ tangga gaji untuk jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 untuk lepasan SPM:-
Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
Kumpulan: Pelaksana
Kementerian/ Jabatan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Gaji Min : RM1441.00 
Gaji Max :-
P/S : Semoga ia bermanfaat buat anda dan semoga berjaya.

0 comment... add one now