Perasan Tak Perempuan Suka Membeli Lebih Bila Lapar? Ini Sebabnya


Kalau dah lapar semua benda yang kita nampak semua nak beli. Tapi bila dah makan sikit terus dah kenyang lepas tu membazir. Tahu tak sebenarnya kajian telah dilakukan dan kaum perempuan sanggup membayar lebih 18 peratus daripada lelaki bila tengah lapar. 

Saintis dari University of Zaragoza berkata, "Setiap orang patut elakkan membeli makanan sewaktu mereka lapar sebab mereka akan beli makanan yang tak sihat dan bayar lebih ketika mereka lapar."
"Ini merupakan salah satu sebab kenapa syarikat makanan akan mengiklankan produk dan promosi mereka sebelum waktu makan tengah hari dan makan malam kerana ini membuatkan orang ramai ingin membeli makanan, dengan promosi murah lagi"
Jadi lepasni kalau perut tengah lapar sangat masa nak beli makanan, tanya dulu diri sendiri tu memang nak makan atau pun hanya nafsu sahaja? 

0 comment... add one now