Pengalaman tukar domain lokmanamirul.com dari NetKL memang terbaik!

Alhamdulillah....mulai tanggal 18 Julai 2016 blog lokmanamirul.blogspot.com telah beralih kepada lokmanamirul.com. Nampak simple kan...Sebenarnya dah lama aq idamkan nak tukarkan blog kepada domain sendiri. Tah kenapa rasa berat ja nak tukarkan, sedangkan mudah aja. Hehehe...Kalau dah tukar ni maknanya aku serius nak jadi profesional blogger.


Apa yang aku fikirkan sebenarnya risau pihak blogger bla2 masa amek balik blog aku, sebab kita guna percuma ja BLOGSPOT. So, sebabkan tu kut aku rasanya perlu tukarkan kepada domain. Hehehe!!!

Aku rasanya pemilihan nama domain masih aku tetapkan nama lokmanamirul sebabnya...cuba korang taip...IsyaAllah satu-satunya saya punya. Rasanya tak dak lokman lain. Bagi aku better letak domain nama sendiri. Tengoklah macam otai blogger Malaysia kita HASRULHASSAN...guna nama sendiri kukuh di Google.

Panjang lebar pulak membebel...sebenarnya aku nak kongsi pengalaman satu domain ni dari Malaysia iaitu NetKL sangatlah terbaik. Sebelum aku nak beli domain ni, banyak aku tanya pendapat dari blogger lain untuk syorkan yang mana lebih baik...ada yang kata SYOKHOST, SERVERFREAK dan yang ni NETKL. Selepas berfikir, aku pilih NetKL, sebabnya....pandai2 lah korang fikir kalau korang dah guna.


Apa yang ingin aku katakan servis NetKL sangatlah pantas dari staf pekerjanya...24 jam mereka bekerja...hanya beberapa minit ja blog korang dah tukar dot com. Bayangkan, korang emailkan bukti resit bayaran RM45 (domain) + RM3 (setup)...tap2 dah balas. Murah ja kan hanya RM45 , korang dah boleh miliki domain sendiri untuk jangka masa setahun..berbaloi sangat!!!! Bayangkan RM45 bahagi 12 bulan....hanya RM3.75 sebulan. Celah gigi ja!!!

Setakat sini ja entri ni...kalau ada masa nanti aku nak kongsi tutorial beli domain dari NetKL. Apa yang aku ingin syorkan, kalau tambah sikit lagi RM15 korang akan miliki hosting dan percuma 1 domain sendiri. So, fikir-fikirlah sendiri....

0 comment... add one now