Pemain Leicester City dihadiahkan BMW i8 yang berharga RM530,000 setiap satu

15051098-large
Ramai peminat bola sepak yang kagum dan terkejut dengan pencapaian pasukan bola sepak Leicester City kerana telah berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu. Sebagai tanda penghargaan kepada setiap pemain, pemilik kelab berkenaan, Vichai Srivaddhanaprabha telah menghadiahkan setiap pemain sebuah kereta BMW i8 yang berharga £100,000 – kira-kira RM527,897.30.
Walaubagaimanapun, hanya 19 daripada 23 pemain berdaftar musim lalu yang menerima kereta berkenaan. Pemain seperti Joe Dodoo, Andrej Kramaric, Yohan Benalouane dan N’Golo Kante tidak menerimanya kerana telah berpindah ke kelab lain pada awal jendela perpindahan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Tak sabar nak lihat sama ada mereka mampu mengekalkan kejuaraan atau tidak pada musim ini. Dijangka perebutan takhta Liga Perdana Inggeris yang bakal bermula minggu hadapan akan menjadi lebih sengit dan menarik.

0 comment... add one now