Ooo.. Ini Rupanya Sebab Buah Epal Lebam Selepas Dipotong


Buah epal sememangnya dikenali dan ada yang menjadikan makan epal sebagai rutin harian. Tapi pernah tak sesiapa terfikir kenapa epal yang dipotong akan berubah keperang -perangan tidak lama selepas dibiarkan terdedah kepada udara?
Sebenarnya ini adalah merupakan satu mekanisma pertahanan terhadap bakteria dan kulat apabila sejenis enzim pada sel-sel isi epal tertedah kepada udara. Enzim ini betindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan lapisan teroksida yang memberikan perlindungan daripada bendasing.
Enzim tersebut dikenali sebagai polyphenol oxidase dimana apabila didedahkan kepada oksigen ia akan menyebabkan tisu epal bertukar untuk memberikan perlindungan daripada bakteria dan kulat.
Ia tidak mempunyai warna tetapi kemudiannya bertindak balas dengan asid amino dan oksigen untuk menghasilkan melanin. Itulah punca kepada warna perang yan terhasil pada hirisan epal.
Untuk mengelakkan hirisan epal daripada bertukar perang dengan cepat, jangan dibiar hirisan tersebut di tempat terbuka. Lebih mudah, simpan dahulu di dalam peti sejuk atau membalutnya dengan bungkusan kedap udara. Ini akan memperlahankan tindak balas kimia dan juga proses pengoksidaan.
Selain itu, merendam hirisan epal ke dalam air juga dapat memberikan kesan yang sama seperti dua langkah di atas. Terdapat beberapa lagi langkah yang boleh diambil dalam memperlahankan perubahan warna isi epal. Kuncinya adalah oksigen - elakkan epal yang telah dipotong mempunyai capaian kepada oksigen. Boleh rujuk pautan di bawah.
#FaktaMelanin ialah sejenis pigmen yang ter­dapat pada haiwan dan tumbuhan. Ia menen­tukan warna kulit, mata, dan bulu (pada haiwan termasuk manusia), dan ketiadaan pigmen ini menye­babkannya menjadi balar (albino). Jadi, tyrosinase penting kepada manusia kerana fungsinya dalam penghasilan melanin.

0 comment... add one now