Nampak Mudah, Tapi Ini Cara Yang Betul Nak Pegang Kucing.

Kucing memang haiwan yang sangat comel, tak kisah lah kucing baka apa sekalipun. Kalau dah namanya seseorang yang sangat sukakan kucing mesti rasa nak dukung je kucing tu kan. Tapi perkara pertama yang perlu anda tahu sebelum angkat dan dukung kucing adalah, apakah haiwan ini mahu diangkat dan didukung?
Cara mengangkat kucing 
1. Pastikan level anda sama dengan kucing, sebab jika anda berada terlalu tinggi darinya mungkin boleh menakutkan dirinya semasa diangkat
2. Sebelah tangan pegang di bahagian belakang kucing. Anda akan rasa tulang belakangnya. Dan sebelah tangan lagi belah tapak kaki untuk support dirinya. 
3. Kucing ada lebihan kulit di belakang tengkuknya yang membolehkan kita mengangkatnya seperti ini. Cuma jika kucing dewasa, badan mereka lebih berat dan tak digalakkan mengangkat mereka seperti ini. 
Cara untuk pegang dan letakkan kucing 
1. Support kucing anda seperti gambar di bawah ini. Paling penting untuk letak tangan anda di bahagian tapak kaki kucing supaya mereka lebih selesa dan relak. 
2. Usap dan manjakan kucing anda 
3. Rendahkan diri anda supaya kucing tak perlu melompat atau terkejut. Letakkan mereka secara lembut supaya tapak kaki mereka cecah ke lantai dengan elok. 


0 comment... add one now