Mitos VS Fakta Tentang Petir



Kita sering dengar pendapat atau mitos tentang petir. Ada yang berbeza dan ada juga yang sama. Disini kami ingin kongsikan Mitos dan Fakta tentang petir.
 
Mitos : Petir tak pernah menyambar di lokasi yg sama dua kali.
Fakta : Petir sering menyerang tempat yg sama berulang kali terutama tempat yg tinggi. Gedung Empire State Building pernah disambar petir sebanyak 100 kali dalam setahun.
 
Mitos : Apabila tidak mendung dan tak hujan, kita akan aman dari sambaran petir.
Fakta : Petir sering menyerang lebih dari 4 kilo meter dari pusat badai petir di lokasi yang sama walaupun tidak hujan dan tidak berawan, beberapa di antaranya bahkan menyerang lebih dari 15 kilometer dari pusat petir.
 
Mitos : Tayar getah kenderaan melindungi kita dari sambaran petir.
Fakta : Yang membuat kita selamat bukanlah tayar getah ,tetapi atap dan bahagian kenderaan lain yang dibuat dari bahan metal. Sambaran petir dapat dialirkan ke tanah melalui kerangka metal kenderaan. Ketika petir menyambar kenderaan anda, jangan bersandar atau menempel di bahagian metal kenderaan atau anda akan terkena sambarannya.
 
Mitos : Korban sambaran petir mengandung elektrik yang mampu merenjat orang yang menyentuhnya.
Fakta : Badan manusia bukan area daya simpan elektrik, maka selamat jika menyentuh korban sambaran petir untuk memberikan mereka bantuan pertama.
 
Mitos : Apabila sedang hujan deras lebih baik berlindung di bawah pohon.
Fakta : Jikalau anda sedang berjalan dan hujan lebat, anda lebih baik dibasahi hujan daripada nanti tersambar petir akibat berteduh dibawah pohon.
 
Mitos : Bahagian dalam rumah selamat dari sambaran petir.
Fakta : Bahagian dalam rumah sememangnya selamat dari sambaran petir,seandainya anda mematikan seluruh perlengkapan elektrik, kabel dan telefon.
 
Itulah Fakta dan Mitos tentang petir yang perlu diketahui agar kita tau apa yang harus kita lakukan untuk selamat dari sambaran petir dan juga kita tau apa saja fakta yang ada mengenai petir tadi.

0 comment... add one now