Masih lapar? Ini 5 snek & makanan lewat malam yang berkhasiat boleh anda ambil!

Foto -www.buzzfeed.com
Terasa lapar ketika lewat malam sebenarnya boleh merungsingkan fikiran jika anda cuba atau dalam proses menurunkan berat badan. Malah, semua maklum bahawa makan di lewat malam bukanlah satu pilihan yang bijak, malah tidak digalakkan sama sekali.
Namun terdapat beberapa pilihan makanan snek atau makanan ringan bagi mengalas perut anda yang lapar itu bagi mengelakkan anda tidak dapat tidur lena.
Anda masih boleh makan sesuatu akan tetapi anda perlu mencari makanan ringan yang betul. Elakkan dari makan 300 kalori atau lebih dan tunggu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda tidur selepas makan snek terakhir malam itu.
#POPCORN

Popcorn memang pilihan snek lewat malam yang sesuai, asalkan ia tidak disalut dengan mentega atau karamel. Namun itu tidak bermakna bertih jagung anda itu tidak ada sebarang rasa, sebaliknya anda boleh tabur sedikit serbuk kulit kayu manis, paprika, ataupun rempah yang menambah selera.
#OATMEAL

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Anda boleh menambah buah-buahan dan susu dan makan bersama-sama dengan oatmeal anda.
#PUDING BIJI CHIA

Biji chia mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Pastinya ia bukan calang-calang makanan berkhasiat.
Bahan-bahan
  • 200ml santan
  • 2½ sudu besar biji chia
  • 2 sudu kecil madu (atau gula Melaka / pemanis pilihan)
  • Seikat daun pandan
  • 2 buah mangga, dikiubkan
Cara penyediaan
  • Gaulkan santan, madu dan biji chia di dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati, dan tambahkan daun pandan. Biarkan dalam peti sejuk buat semalaman.
  • Asingkan daun pandan dari puding.
  • Hidangkan dingin bersama kiub mangga.
#PISANG

Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena.
#KACANG PISTACHIO

Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap!

0 comment... add one now