Lisa Surihani Kongsi Tips Turun Berat Badan 11kg Selepas Bersalin


Ramai yang terkejut melihat pelakon Lisa Surihani berjaya menurunkan berat badannya secara drastik selepas melahirkan anak pertamanya. Lisa semasa mengandungkan anak perempuannya, Yahaira Leanne jarang memuat naik gambarnya di Instagram. Namun, dia agak berisi selepas bersalin. Tak lama selepas itu, Lisa muncul semula dengan badan langsing sama seperti dirinya sebelum berkahwin. 
Wah! Haa, baca apa rahsia Lisa di bawah ni: 
1. Kawal Hidangan 
Boleh makan apa yang kita nak cuma dalam kuantiti yang sedikit. Dalam satu pinggan setengah adalah sayur, suku karbohidrat, suku lagi protein. Dari cara ni kita boleh belajar dan kawa; 'hunger level'. Kalau makanan kita suka tinggi kalori, ambil dalam kuantiti yang sedikit. 
2. Makan buah sebelum makan
Makan buah sebelum makan nasi. Budaya makan buah selepas nasi adalah salah. 
3. Senaman
Kalau hanya jaga makan tak bersenam, berat badan tak turun banyak. Jadi, Lisa bersenam dan tetap amalkan makanan yang sihat. Berat turun secara drastik. Dari tak pernah bersenam, terus jadikan ia sebagai rutin. 
4. Air
Jika makan dalam kuantiti sedikit, Lisa akan cepat lapar. Tapi Lisa minum air untuk tahu sama ada memang betul lapar atau tidak. Kalau lepas minum masih lapar itu bermakna perut perlukan makanan lagi. Kalau tak, itu hormone trick wanita je. 
5. Supplement
Lisa ambil supplemement vitamin asas seperti multivitamin dan B complex.

Sumber: Astro Gempak 

0 comment... add one now