Lima selebriti Malaysia yang dikaitkan dengan kerabat diraja

Lima selebriti Malaysia yang dikaitkan dengan kerabat diraja
KISAH cinta antara selebriti dan kerabat diraja sememangnya wujud semenjak dahulu lagi. Ada di antara selebriti tempatan yang berkawan rapat dengan kerabat, malah serius menjalin hubungan cinta dan mengakhirinya di jinjang pelamin.

Antara selebriti yang berkahwin dengan kerabat ialah seniwati Datuk Maria Menado, Julia Rais, Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang, Sarimah Ibrahim, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Terkini beberapa nama turut dikaitkan dengan kerabat diraja termasuk yang sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dan dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Juliana Evans
Pelakon berdarah kacukan ini mengakui dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan kerabat diraja dari Selangor. Pelakon filem Aliff Dalam 7 Dimensi ini mengenali jejaka tersebut dan serius menjalin hubungan sejak setahun lalu.

Dikenali sebagai Tengku S, Juliana tidak lokek berkongsi cerita namun pada masa sama dia tetap bijak menyimpan perihal yang sepatutnya menjadi hak peribadinya.

Nabilah Khan
Mempunyai pengikut seramai 142,000 orang di laman Instagram, bekas isteri kepada kekasih pelakon Nora Danish ini kini dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang kerabat diraja dari sebuah negeri Pantai Timur.

Ibu tunggal cantik ini juga sering memuatnaik fotonya bersama jejaka tersebut di laman Instagram. Pengikut laman Instagram Nabilah juga turut menyokong percintaannya dengan lelaki berdarah diraja itu.

Terkini, Nabilah dan Tengku B dikatakan sudah mengikat tali pertunagan dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Uqasha Senrose
Pelakon yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini sering terpalit dengan kontroversi cinta. Selepas hubungan Uqasha berakhir dengan pelakon Pekin Ibrahim, nama Uqasha turut terpalit menjalin hubungan dengan aktor Syafiq Kyle.

Baru-baru ini, nama Uqasha dikaitkan dengan seorang kerabat diraja Pahang. Menerusi kemaskini Instagram Uqasha, mereka sering memuatnaik gambar bersama. Namun begitu, Uqasha enggan membuka mulut mengenai hubungan yang terjalin.

Neelofa
Pengacara dan usahawan berjaya ini pernah dikaitkan dengan seorang kerabat diraja dari negeri Pantai Timur. Pada 2014 Neelofa mengambil keputusan untuk berhijab sehingga timbul desas-desus pengacara MeleTop itu mengubah penampilannya kerana bakal berkahwin dengan kerabat tersebut.

Bagaimanapun Neelofa lebih selesa mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Kaka Azraff
Nama penyanyi yang merupakan anak saudara kepada Ratu Rock, Ella ini turut terkait menjalin hubungan cinta dengan kerabat gara-gara rakan baiknya, Juliana Evans yang kini sedang serius bercinta dengan Tengku S.

Namun begitu, penyanyi lagu Terima Kasih ini menafikan perkara tersebut. Belum mempunyai teman lelaki, Kaka menegaskan yang dirinya berstatus solo dan mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.

0 comment... add one now