Lima perbezaan Instagram Stories dan Snapchat

Lima perbezaan Instagram Stories dan Snapchat

BARU sehari dilancarkan, ciri terbaharu Instagram yang dipanggil Instagram Stories sudah menerima pelbagai reaksi pengguna.

Paling menjadi tumpuan tentu sekali kerana persamaan yang dimiliki dengan satu lagi platform media sosial iaitu Snapchat.

Walaupun begitu, Snapchat dan Instagram Stories sebenarnya agak berbeza, walaupun mempunyai konsep yang serupa.

Mari kita lihat perbezaannya.

SCREENSHOT

Snapchat membenarkan anda mengetahui siapa yang telah membuat screenshot pada video anda, tetapi tidak bagi Instagram Stories.

BLOCK

Tidak mahu bekas teman lelaki atau teman wanita anda menonton atau melihat story anda? Di Instagram, anda boleh menghalang mereka daripada berbuat demikian secara khusus. Snapchat tidak mempunyai ciri ini.

Instagram telah mula dilancarkan ke Android dan iOs bermula Selasa.
Instagram telah mula dilancarkan ke Android dan iOs bermula Selasa.


VIEWS

Snapchat hanya akan mendedahkan 100 penonton story anda, berbeza dengan Instagram yang akan menunjukkan senarai penuh.

REPORT

Tidak suka atau merasakan story yang dimuat naik rakan anda tidak sesuai? Di Instagram, anda boleh terus tekan butang report.

LENSES

Antara ciri paling menarik dalam Snapchat adalah 'Lenses' yang membolehkan kesan khas dan bunyi ditambah secara masa nyata. Namun di Instagram, ciri ini tidak disertakan.

0 comment... add one now