Kronologi sebenar kehilangan adik Nor Amila Edrus ditemui mati


Kronologi kehilangan adik Nor Amila Edrus ditemui mati 
Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan hilang di kawasan perumahan Rumah Panjang Jinjang Utara pada khamis lalu telah ditemui mati.
Kanak-kanak itu, Nor Amila Edrus Norsham, dikatakan tidak pulang ke rumah selepas solat Magrib di surau hadapan rumahnya.
Kakaknya, Nornazura Norsham,25, berkata, adiknya itu biasanya pergi ke surau bersama ayah dan seorang lagi adik beradiknya namun semalam dia pergi bersendirian.
"Kami perasan dia tiada pada jam 9 malam. Dia memang biasa ke surau dan ramai budak-budak lain yang ada sekali. Bila ditanya kawan-kawannya yang lain, mereka perasan Edrus memang ada solat sekali pada waktu Magrib.
"Biasanya dia akan pulang selepas Maghrib dan pergi semula untuk solat Isyak.
"Semua penduduk bantu mencari di kawasan rumah sehingga jam 6 pagi tadi namun tidak menemui sebarang petunjuk. Baju terakhir yang dipakai adalah t-shirt belang, seluar sukan dan kopiah putih," katanya kepada Sinar Harian.
Mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara, Khamis lalu, ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, di sini hari ini.
Menurut sumber polis, mayat itu ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi selepas seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi itu.
Polis masih menjalankan siasatan mengenai kes itu.
Khamis lalu, Noor Amila Edrus Norsham, 5, dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang ke rumah selepas waktu Maghrib.
Sumber - sinarharian 

0 comment... add one now