Kronologi krisis politik di Terengganu terbongkar!

UMNO Terengganu bersedia hadapi PRN awal - Ahmad Razif

PADA Mac lalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman pada Mac mengesahkan isu politik yang timbul di Terengganu telah berakhir dan kemelut yang disebar luas di media sosial hanyalah spekulasi semata-mata.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri turut menafikan akan ada Pilihanraya Negeri (PRN) seperti yang diviralkan sejak beberapa minggu lepas.

Isu berkenaan timbul setelah Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal dan bekas MB, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya ke atas Razif pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 8 Mac lepas namun ditolak Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong.

Namun, hari ini Ahmad Razif megulangi pendirian beliau bahawa kemelut politik di negeri tersebut telah berakhir.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Terengganu yang berlangsung tiga jam di Wisma Darul Aman, Kuala Terengganu ditangguhkan pada suatu masa yang akan diumumkan kelak. 

Politik Terengganu
Infografik: Kronologi krisis politik di Terengganu

sumber: astroawani

0 comment... add one now