Khasiat Biji Buah Rambutan dan Penawar Kencing Manis



Buah rambutan (nephelium lappaceum) merupakan tanaman tropis yang tergolong dalam suku Sapincia Ceap atau lerak-lerakan. Tanaman ini berasal dari kepulauan Asia Tenggara yang banyak ditanam sebagai pohon buah atau boleh kita temukan sebagai tumbuhan liar di luar jawa.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium. Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance. Sedangkan daun rambutan mengandung saponin dan tannin. Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai ubat yang tidak ternilai harganya. Menurut kajian pakar tanaman ubat setiap 100 gram mengandung 69 kalori, 58 mg vitamin, dan 18,1 gram karbohidrat. Buah rambutan juga memiliki kadar serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100gram berat buah. Dengan banyaknya kandungan di dalam rambutan, akan sesuai bagi kesihatan dan bagi orang – orang yang tengah berdiet.
Untuk pengidap kencing manis – kajian telah membuktikan yang ubat terbaik untuk bebas daripada penyakit kencing manis (diabetes) adalah biji buah rambutan.
Cara penggunaannya.
1. Ambil 5 biji (seeds) rambutan.
2. Goreng.
3. Tumbuk sehingga hancur menjadi tepung.
4. Campurkan dengan air sejuk dan minum.
5. Minumlah beberapa kali dalam sehari. Amalkan.
Penggunaan biji rambutan untuk membebaskan penderitaan pesakit kencing manis tahap 2 telah terbukti berjaya. Kajian yang dilakukan di Eropah telah membukti berjaya membebaskan penderitaan seramai 17,542 orang pesakit diabetes tahap 2 diseluruh dunia pada tahun 2014. Kita rakyat Malaysia cukup bertuah kerana memiliki buah tersebut di negara sendiri.
Kurangkan pergantungan kepada insulin dan ubatan farmasi. Pesakit kencing manis sentiasa merasa semakin bimbang, apabila melihat penurunan berat badannya. Jangan bimbang, kerana kehilangan berat badan tersebut,adalah cara badan memberi isyarat kepada otak, untuk kita mengubah gaya hidup dan pemakanan harian kita. Amalkan pemakanan yang sihat.
Diabetes tahap 2, bukanlah hukuman mati kepada pengidapnya. Amalkan meminum ramuan daripada biji rambutan yang tertera diatas, InshaAllah. Bebaskan diri kita daripada diabetes.

0 comment... add one now