Kereta Vellfire Hilang, Che Ta Minta Tolong Orang Ramai Viralkan



Kuala Lumpur, 9 Ogos - Kereta MPV milik selebriti terkenal, Rozita Che Wan, dilaporkan hilang pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Che Ta menerusi akaun instagramnya, rozitachewan1.

Dalam kenyataan di Instagram itu, Che Ta meminta bantuan orang ramai agar dapat memviralkan perkara tersebut suaya keretanya itu dapat dikesan kembali.

"PERHATIAN!!!, sesiapa yang ternampak VELLFIRE WARNA HITAM NOMBOR PLAT WWQ93 SILA HUBUNGI 012 616 0949 (afeeq) KERANA VELLFIRE MILIK @rozitachewan1 telah di curi oleh insan yang tidak bertanggungjawab pagi tadi. di harap semua pihak dapat repost dan membantu untuk viralkan. semoga segalanya dipermudahkan dan che ta dapat semula kereta tersebut. thank you!", tulis kenyataan di laman Instagram itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kereta bernombor plate WWQ93 berwarna hitam itu diminta menguhungi 012 616 0949 (afeeq).

Menurut Harian Metro, Afeq, yang juga pengurus Che Ta berkata dia mengetahui tentang perkara itu apabila dihubungi Che Ta awal pagi tadi.

"Saya mengetahui perkara itu apabila Che Ta menghubungi saya awal pagi tadi yang memaklumkan MPV miliknya hilang. Dia sendiri tidak pasti bila kejadian itu berlaku.

"Difahamkan kenderaan itu diletakkan di kawasan parkir kediamannya. Apabila dia hendak keluar rumah, dia mendapati ia hilang," katanya.

Tambah Afia lagi, kereta itu dipandu dan diletakkan sendiri oleh suami Che Ta, Zain Saidin selepas pulang dari menghadiri sidang media semalam.

"Kebetulan semalam Zain yang memandu kenderaan itu. Jadi memang pasti ia diletakkan di kawasan yang betul.

"Saya tidak boleh cakap apa punca atau perilaku jenayah. Sebab mereka sekarang masih berada di pejabat pengurusan kediaman," katanya.

Menurutnya, Che Ta akan membuat laporan polis bagi mendapat kebenaran melihat kamera litar tertutup (CCTV).

MPV itu sudah digunakan Che Ta sejak 3 tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

0 comment... add one now