Kenapa Kita Mudah Tertidur Bila Naik Kereta ?

Bila kita naik kereta atau mana-mana kenderaan yang memerlukan perjalanan yang berjam-jam mesti kita mudah tertidur dalam kereta kan? Perasan tak? Baru sejam kereta bergerak, dah berdengkur sambil mulut ternganga kat tempat duduk belakang. 
Sebenarnya ada 3 sebab kenapa kita mudah tertidur. 

1. Kenderaan yang selesa
Kereta tak ada lah tempat yang selesa mana pun nak tidur. Tapi disebabkan bukan kita yang kena drive jadi lebih baik tidur je. Dan ada orang lebih selesa tidur bila dia rasa tak selesa ada orang lain yang drive.
2. Highway hypnosis 
Naik kereta boleh buat kita khayal sebabnya kita memandang benda yang sama je. Contohnya, line putih yang berterusan dan kereta yang bergerak. Atau lebih mudah bila orang gerakkan 'hipnosis ball' kat bawah ni depan mata kita. 
3. White noise 
White noise ni adalah bunyi yang sama dan berterus seperti bunyi tayar yang bergerak atas jalan. Bunyi tu kan sama je kalau anda naik kereta. Jadi, bila tiba-tiba ada bunyi lain macam break emergency atau kereta honk kita mesti terjaga. 
Sumber: Elitedaily

0 comment... add one now