Kenapa Atlet Suka Gigit Pingat Yang Mereka Menang?

Perasan tak dalam apa-apa temasya sukan pun kalau atlet yang menang mesti akan gigit pingat mereka tak kisah lah emas ke perak ke atau gangsa? Usain Bolt gigit pingat emasnya, Simone Biles gigit pingat emasnya, Dato Lee Ching Wei pun sama. 

Alaa, jangankan atlet korang kalau masuk lari fun run 5KM dapat medal pun siap gigit kan?
Jadi apa sebenarnya disebalik gigit pingat ni? Ada simbolik kepada apa-apa ke? Haaa sebenarnya tak ada apa pun. Mereka gigit pingat semata-mata untuk bergambar sahaja ataupun jurugambar yang suruh. Bukan nak test pingat emas tu real emas ke atau coklat emas 50 sen korang selalu beli masa kecil tu ke okay. 
Tapi pada tahun 2010, seorang atlet dari German, David Moeller sumbing gigi depan semasa gigit pingat perak yang dimenanginya. 
 Sumber: Buzzfeed

0 comment... add one now