Kebaikan dan keburukan game Pokemon Go anda patut tahu

Baru jer hari ni Game Pokemon GO yang menjadi kegilaan ramai telah memasuki server di Malaysia. Ia merupakan permainan yang sangat menarik dan menjadi hits dunia saat ini. Tetapi disebalik itu ada beberapa kebaikan dan keburukan game Pokemon GO yang perlu diketahui dan tentang apakah game pokemon GO itu.


Apakah game pokemon GO ?

Pokemon GO dibuat dengan teknologi Augmented Reality atau perpaduan antara dunia nyata dan virtual. Game yang dikeluarkan pada tanggal 6 julai 2016 ini ditujukan untuk pengguna mobile ios dan android. Niantic adalah pengembang dari game pokemon GO tersebut dengan perusahaan besar dibelakangnya yaitu nintendo.

Game ini hanya boleh didownload secara rasmi di google play store di negara New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Jerman. Selain keempat negara tersebut game pokemon GO hanya boleh didownload versi apk nya saja melalui situs lain selain google play store. Kini, ia telah memasuki pasaran di Asia termasuk negara Asean.

Kebaikan game Pokemon GO :

a. Meningkatkan kreativiti 

Kreativiti akan meningkat kerana Anda bermain game dengan banyak pengalaman baru.

b. Features game yang bagus dan menarik.

Anda akan mendapatkan game yang bagus dan menarik dengan kreativiti baru dari pengembang game ini kerana bermain game pokemon GO seolah-olah Anda berada di dunia permainan nyata.

c. Menjadi seorang traveller.

Game pokemon GO melibatkan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain. Anda dapat berkunjung ke tempat-tempat yang Anda belum pernah kunjungi sebelumnya.

d. Memperkuat interaksi sosial.

Game ini menjadikan seorang gamer pemalas berubah menjadi aktif keluar rumah dan berinteraksi dengan lingkungan sekitar kawasan yang dikejar pokemon.

e. Baik untuk kesihatan tubuh.

Seorang pecandu game bila sedang bermain game akan kuat duduk berjam-jam sehingga otot tubuh menjadi lemah. Hal ini boleh menimbulkan obesiti atau berbagai-bagai macam penyakit lainnya. Tetapi beza halnya dengan seorang pengguna pokemon GO, mereka akan keluar rumah untuk bermain game ini sehingga tubuhnya akan selalu bergerak dan aktif berjalan yang akan membakar kalori atau lemak yang ada sehingga baik untuk kesihatan.

Keburukan game Pokemon GO :


a. Bateri lebih boros 

Permainan pokemon GO ini mengurangkan bateri Anda sangat banyak kerana Pokemon Go menggunakan banyak sumber daya dan sensor sekaligus. 

b. Kehabisan kuota internet.

Game pokemon GO ini menghabiskan kuota internet kira-kira 80MB/jam. Bayangkan bila dimainkan dengan waktu sejam atau lebih per harinya.

C. Kemungkinan mendapatkan cedera lebih besar.

Banyak kejadian kecelakaan muncul sejak peluncuran game pokemon GO kerana mereka menatap ke layar telefon mereka sambil berjalan ketika bermain game sehingga tidak memperhatikan keadaan sekitar yang mungkin boleh mengundang kecederaan.

D. Para Ulama Saudi dan Mesir telah berbicara tentang HARAMnya ‘game Pokemon GO’ termasuk Fatwa Wilayah Persekutuan.


Cukup sampai sini saja artikel blog ni mengenai kebaikan dan keburukan game pokemon GO. Semoga bermanfaat bagi para pembaca.

2 comments.. read them below or add one