Kasut Ketat Boleh Dilonggarkan Dengan Masukkan Dalam Freezer?



Kita mesti pernah tersalah beli kasut. Masa cuba rasa okay, selesa. Tapi bila dah pakai, jalan rasa ketat sampai kaki melecet. Tak tahu nak buat macam mana terus dah tak pakai kasut tu. Kan dah rugi. 
Sebenarnya, walaupun kita mungkin terbeli kasut satu saiz lebih kecil atau kasut kita ketat sampai melecet ke kaki ada cara untuk longgarkan sedikit supaya lebih selesa.
Caranya:
1. Letak air dalam plastik sandwich.
2. Kemudian plastik yang dah ada air tu masuk dalam setiap satu kasut anda yang ketat.
3. Kemudian masuk ke dalam freezer dan biar hingga ianya beku. 
4. Bila dah beku, biarkan ais cair dan keluarkannya. 
Selamat mencuba!

0 comment... add one now