KAJIAN: Membela Kucing Elakkan Anda Dari Serangan Jantung

Dalam banyak-banyak haiwan, ramai yang menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan. Kucing bukan saja comel, tapi juga mampu mengurangkan stres dan tekanan.
Tapi, selain itu memelihara kucing juga sebenarnya sangat baik dan beri manfaat pada kesihatan anda.
Menurut laporan daripada Medicaldaily.com, kajian mendapati, membela kucing dapat menurunkan tekanan darah akibat pelepasan hormon oksitosin. Hormon tersebut sebelum ini hanya diketahui membantu proses kelahiran dan penyusuan.
Namun, kajian membuktikan bahawa hormon oksitosin juga sangat baik untuk mengurangkan rasa cemas, stres dan menurunkan tekanan darah.
Ia sekaligus membuatkan tekanan darah lebih normal dan kesihatan jantung tetap terjaga.
Malah, kajian yang dilakukan oleh University of Minnesota menunjukkan mereka yangmemelihara kucing mampu menurunkan risiko sakit jantung sehingga 30 peratus. 
Beruntung kalau korang bela kucing. Bukan je untuk kesihatan dapat pahala pulak tu.
KREDIT- Hanasuva

0 comment... add one now