KAJIAN: Anda Disarankan Mandi 2 Kali Seminggu & Bukan Setiap Hari!

Bangun je dari tidur secara automatik kita akan terus mandi untuk segarkan tubuh badan. Paling tidak pun kita akan mandi 2 kali sehari, lebih-lebih lagi di negara panas lembab macam Malaysia.


Tapi bagaimana jika sebenarnya kita disarankan untuk mandi 2 kali sahaja dalam seminggu? Tak dapat bayangkan keadaan tubuh badan yang melekit dan rasa tak selesa.
Menurut kajian yang dilakukan oleh University of California San Diego School of Medicine, anda disaran untuk mandi 2 kali sahaja dalam seminggu. Ini kerana penggunaan sabun setiap hari boleh merosakkan kesihatan kulit.
tumblr_inline_o0ksugnUEI1tfamhd_500

Ini antara kesan buruk apabila anda mandi setiap hari: 

  • Lapisan atas kulit anda adalah terdiri daripada sel-sel kulit mati yang melindungi lapisan kulit asas. Setiap kali anda mandi dan gosok ia akan memecahkan lapisan tersebut.
  • Kulit jadi kering dan minyak semulajadi yang melindungi kulit akan hilang apabila terkena sabun.
  • Ia juga menghalang bakteria “baik” tumbuh pada kulit anda. Bakteria baik adalah bermanfaat untuk melindungi kulit dan badan anda daripada jangkitan.
  • Ia tidak baik untuk rambut anda juga. Kesan negatif termasuk rambut kering, kusam dan terdedah kepada kelemumur.
  • Syampu dan kondisioner juga boleh menghilangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala.
Boleh ke anda mandi 2 kali sahaja dalam seminggu? Memang tak boleh la jawabnya! Bau hapak terus badan tu!

0 comment... add one now