Jepun negara pertama benarkan kamera ganti cermin sisi, Malaysia mungkin tahun depan?


Penggunaan cermin sisi dan cermin pandang belakang memang sangat penting tetapi apabila di pameran kereta atau motor show, hampir kesemua model konsep akan menggunakan kamera video kecil menggantikan cermin-cermin tersebut.
Namun untuk model produksi, kamera video diganti semula oleh cermin konvensyenal. Ini bakal berubah apabila kerajaan Jepun baharu mengumumkan bahawa ia membenarkan cermin sisi dan cermin belakang diganti dengan sistem kamera video.
Ini menjadikan Jepun sebagai pasaran pertama yang membenarkan kenderaan dijual tanpa menggunakan cermin tradisional.
Sebenarnya, kerajaan Jepun hanya menurut undang-undang terbaharu terbitan United Nations dalam UN World Forum for Harmonization of Vehicle Regulations 2015 yang bersetuju cermin tradisional untuk kereta diganti dengan peranti video, dengan syarat ia menepati piawaian UN.
Menurut Ichikoh Industries dari Jepun, sebuah syarikat yang menjadi pembekal utama cermin dan lampu kenderaan, perubahan teknologi ini ialah segmen baharu yang bermaksud akan membuka peluang keuntungan yang lebih bagi industri.
Penggunaan kamera video pada kereta akan meningkatkan kadar keselamatan kenderaan kerana pelbagai kamera boleh dipasang di sekeliling kenderaan untuk memastikan tiada titik buta (blind spot) kepada pemandu.
Negara Kesatuan Eropah dijangka akan membenarkan keputusan yang sama tahun hadapan, diikuti oleh pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2018.
Di Malaysia, mungkin seawal tahun hadapan.

0 comment... add one now