Jangan Pangku Laptop Anda! Ini Penjelasannya


Di zaman yang serba canggih ini, perkembangan teknologi sememangnya menjadi semakin pesat. Semua perubahan teknologi semestinya memudahkan aktibiti harian manusia. Salah satu daripanya adalah dengan penggunaan komputer riba atau pun lebih mesra dipanggil laptop. 
Walaupun perkembangan moden ini memanjakan manusia, setiap individu harus berjaga - jaga kerana radiasi daripada laptop atau pun mesin mampu membawa padah kepada kesihatan manusia. 
Hampir kesemua elektronik menghasilkan gelombang radiasi termasuk lah laptop. Radiasi tersebut mampu mempengaruhi kesuburan wanita jika memangkunya diatas peha dalam keadaan yang panas. Kesan yang sama juga turut berlaku pada kaum adam jika mereka meletakkannya berdekatan kawasan sulit lelaki.
Selain itu, gelombang radiasi juga mampu mempengaruhi kesihatan badan. Bila diserang gelombang secara berterusan individu akan berasa mual, pusing serta sakit kepala dan sekalgus memberi kesan buruk kepada mata dan menggalakkan pertumbuhan sel -sel kanser. 

Sumber Liputanantarakota.tk.

0 comment... add one now