Ini sebenarnya maksud isyarat tangan Pandelela Rinong bukannya 'duit'!


Kebanggaan Malaysia, Pandelela Rinong bersama temannya Jun Hoong telah mengukir sejarah selepas memenangi pingat perak dalam acara 10 meter terjun berirama di Sukan Olimpik Rio 2016.
Saat Pandelela gembira meraikan kejayaan mereka, secara spontan dirinya telah membuat satu isyarat tangan yang… kelihatan seperti simbol ‘DUIT’.
Fotonya telah dikongsi ramai sesama rakyat Malaysia, sekaligus dikritik kerana mereka mungkin beranggapan bahawa Pandelela sebenarnya mahu menang serta bangga kerana ganjaran token yang akan diberikan kepadanya nanti.
Seperti biasa, maka bermulalah perdebatan hangat sesama netizen sehingga tercetusnya kenyataan bahawa Pandelela adalah seorang yang ‘mata duitan’. 
Bagaimana pun, ada juga di antara individu yang cuba memperbetulkan keadaan, menerangkan bahawa isyarat tangan tersebut BUKANLAH merujuk kepada duit seperti yang digembar-gemburkan netizen, tetapi ia cumalah satu isyarat yang sering dilakukan oleh selebriti-selebriti Korea membawa maksud sayang atau cinta -“finger hearts”
Tak percaya?
Foto ihsan safurara.com
Foto ihsan Sarawak Legacy
Isyarat tangan ini juga mula popular menerusi rancangan variasi televisyen popular Korea, Running Man!
Jelaslah, hanya rakyat Malaysia yang obses dengan rancangan hiburan Korea tahu akan isyarat tangan ini. 
Dalam masa yang sama, ada juga individu yang tampil menyatakan bahawa jika Pandelela membuat isyarat tangan yang merujuk kepada duit sekalipun tidak salah. Dia berhak untuk melakukan begitu kerana telah banyak bersusah-payah, berkorban mengharumkan nama negara.
“Isyarat duit yang ditunjukkan oleh Pandelela itu sebenarnya tak menjadi masalah… memang layak dia menerima ganjaran yang dia terima setelah bertahun-tahun berkorban untuk negara…berbaloi apa yang dia dapat,” jelas seorang individu.
Ada betulnya apa yang dijelaskan individu berfikiran terbuka tersebut. Kita seharusnya berbangga terhadap usaha dan kemenangan yang dikecapi oleh kedua atlet kita itu. Syabas sekali lagi kepada Pandelela dan Jun Hoong! 
Gif -tumblr
Gif -tumblr

0 comment... add one now