Ini Sebabnya Kenapa Cincin Tunang atau Nikah Disarung di Jari Manis



Boleh dikatakan seluruh dunia akan menyarungkan cincin tunang dan kahwin di jari manis atau jari keempat. Kenapa? Kenapa tak boleh sarung di jari lain seperti jari ibu atau jari kelingking?
Mungkin jawapan dan sebab kenapa cincin di pakai di jari manis yang kami kongsi ni boleh menjawab segala pertanyaan anda selama ini. Ada mitos yang mengatakan bahawa ibu jari mewakili kedua orang tua, jari telunjuk mewakili saudara-saudara (adik-kakak), jari kelingking tentang anak-anak, dan jari manis mewakili pasangan hidup.  
Untuk membuktikannya, tidak ada salahnya anda mencuba gerakan di bawah ini:
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
 
2. Lalu cuba buka ibu jari. Ibu jari yang mewakili orang tua boleh dibuka kerana kita akan membentuk suatu keluarga yang baru. Ini bermaksud kita akan membina keluarga baru selepas berpisah dengan ibu bapa. 

 
3. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili kakak dan adik. Jari itu boleh terbuka sebab mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang terpisah dengan anda.

 
4. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking. Jari yang mewakili anak-anak anda ini juga dibuka. Cepat atau lambat anak-anak juga akan membentuk keluarga dan kehidupan baru yang terpisah dengan anda.

5.  Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba buka jari manis anda tempat di mana kita menyarung cincin perkawinan. Bagaimanapun jari ini tak boleh dibuka. Jari manis ini mewakili suami dan isteri. Maksudnya, selama hidup anda dan pasangan akan terus bersama dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 

 
Jadi, mungkin inilah kenapa cincin tunang dan kahwin dipakai di jari manis :)

0 comment... add one now