Ini Rupanya Kisah Kejadian Lesung Pipit


Lekuk kecil atau juga dipanggil lesung pipit pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kira lah pada lelaki ataupun perempuan. Tapi apakah rahsia dan bagaimana mereka mempunyai lesung pipit.
Ada masyarakat yang memegang kepercayaan lesung pipit boleh dibentuk dengan menusukkan hujung cili ke pipi bayi. Tetapi ternyata ia hanya karut kerana lesung pipit terjadi akibat variasi pada otot muka.
Lesung pipit boleh berada disebelah pipi atau kedua - dua pipi dan kebiasaannya ia akan kelihatan jelas terutamanya apabila seseorang ketawa, tersenyum dan bercakap.
Terhasilnya lesung pipit pada wajah adalah disebabkan kecacatan pada otot muka (otot yang terhasil pendek). Tindakkan seperti senyum bercakap dan ketawa akan memaksa otot bekerja menyebabkan kulit muka tertarik dan lekukan akan kelihatan.
Jika salah seorang daripada pasangan suami isteri mempunyai lesung pipit,  25-50%  kebarangkalian anak yang bakal lahir akan mewarisi lesung pipit. Jika kedua-dua mereka mempunyai lesung pipit, kebarangkalian tadi akan meningkat kepada 50-100%. Ia merupakan 'kecacatan' yang mudah diturunkan kepada keturunan masing-masing.

0 comment... add one now