Ini caranya nak kupas kulit manggis dengan betul

Siapa yang suka makan manggis? Musim durian kebiasaanya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini sungguh sedap apabila dimakan bersama.
Rasa dia ada manis dan masam sikit kan. Tapi kalau nak kupas kulit dia ni bukan main susah lagi. Selama ni mesti ramai yang salah cara bila kupas kulit manggis tu kan sampai terkena baju “air purple” dari kulit dia. Jadi hari ini kami nak kongsi dengan anda cara yang betul dan unik untuk kupas kulit manggis. Takkan nak pakai pisau pula kan?
1. Tekan tampuk dia perlahan-lahan
2. Hati-hati, jangan tekan sampai pecah. Macamni pun dah ok.
3. Tekan buah manggis tu dari bahagian tepi
4. Buangkan kulit buah manggis
5. Tadaaa, dah siap! Macamni lah rupanya isi manggis tu kalau kita kupas kulit dia dengan cara yang betul

Macammana? Nampak senang kan? Hihi
Sumber dari eyriqazz.com

0 comment... add one now