Ingin Travel Ke Lombok? Ini 5 Tempat Menarik Yang Anda Patut Pergi


Indonesia merupakan salah satu negara yang paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia selepas Thailand dan Vietnam. Selain dari Bali, Lombok juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati jika ke Indonesia.

1. Gunung Rinjani

Gunung Rinjanivia: mytravelink.com
Inilah salah satu tempat tarikan yang terkenal dan terletak di Pulau Lombok. Dengan ketinggian yang mencapai lebih dari 3.700 meter, gunung ini dikenali sebagai gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia. Gunung Rinjani merupakan gunung yang memiliki nilai spiritual tersendiri bagi penganut agama Hindu, ia dianggap sebagai tempat tinggalnya para dewa.

2. Pura Batu Bolong

Pura Batu Bolongvia: balihellotravel.com
Terletak di daerah Senggigi, Disini terdapat sebuah batu karang hitam yang berada di atas laut disini juga terrdapat lubang di bahagian tengah batu karang ini, disebabkan itulah ia dikenali dengan sebutan Pura Batu Bolong. Untuk masuk kesini, anda diwajibkan memakai kain berwarna kuning di pinggang.

3. Pantai Senggigi

Pantai Senggigivia: genlifestyle.com
Pantai Senggigi ini juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjugi jika ke Lombok. Tempat ini sangat popular dikalangan pelancong luar, suasananya mirip seperti Pantai Kuta di Bali cuma ombak disini lebih tenang dan sesuai untuk anda melalukan aktiviti snorkeling.

4. Air Terjun Sendang Gile

Air Terjun Sendang Gilevia:
Air Terjung Sendang Gile ini  terletak sekitar 60 km dari Kota Mataram, bertempat di kawasan Desa Senaru. Tempat ini merupakan pintu awal sebelum anda masuk untuk mendaki di Gunung Rinjani.
Mengikut kepercayaan orang disini,mandi atau membasuh muka dengan  air yang di Air Terjun Sendang ini salah satu cara untuk kekal kelihatan muda. 
Awet muda!

5. Hutan Monyet Pusuk

Hutan Monyet Pusukvia: bahtiarlagi.blogspot.com
Hutan Monyet Pusuk merupakan bahagian yang termasuk dalam kawasan Gunung Rinjani. Hutan ini dipenuhi dengan ribuan monyet sehingga anda perlu berhati-hati jika masuk ke kawasan ini dengan kenderaan seperti kereta. Kemungkinan risiko melanggar monyet yang sedang bermain di tengah jalan adalah tersangat tinggi. 

0 comment... add one now