Hati-Hati! Jangan Sangka Cakaran Kucing Tidak Berbahaya, Lihat Apa Jadi Pada Mata Gadis Ini!


Pelik bagi sesiapa yang tak suka atau takut pada kucing ni. Mana tidaknya, kucing antara haiwan yang comel, manja serta gebu yang pasti membuatkan kita rasa geram dan rasa nak gomol-gomol, ya tak? Selain itu, kucing juga mampu membuatkan manusia hilang stress dan sekaligus mengubah emosi kita semua.
 
Tapi, kena ingat, sayang macam mana sekalipun, kucing juga boleh memudaratkan kesihatan kita. Sebagai contoh, jangan ambil mudah sekiranya terkena cakaran kucing. Jangan sesekali biarkan dan cepat-cepat pergi ke klinik untuk disinfect dan apply antiseptic cream. Kalau tidak, ada kesan buruknya. Tak percaya? Baca kisah adik ni . Haaa jangan main-main tau!
 

CAT SCRATCH DISEASE..
 
Selepas hampir sebulan lebih, baru rasa tergerak hati untuk share pengalaman sendiri. Aku langsung tak pernah terfikir akan kena sakit macam ni walaupun hampir setiap hari berurusan dengan pesakit (kucing) dan hampir hari-hari terkena cakaran kucing.
 
Semuanya bermula pada hari raya ke 4 bulan lepas. Aku bangun pagi, mata sakit, bengkak, dan merah. Mula-mula ingatkan ketumbit biasa macam aku kena mase kecik-kecik dulu. Jadi aku pun buat rawatan sendiri beli eye drop kat farmasi. Tapi tak ok jugak.
 
Hari raya ke 6, aku dah balik Melaka sebab nak sambung keje, aku ke klinik untuk dapatkan rawatan. Doktor kata aku allergi, tapi dah ada jangkitan kuman, sebab aku dah start demam, selsema dan batuk. So, doktor bagi ubat demam, allergy, antibiotik, eye drop, dengan eye ointment. Selepas 1 minggu, aku perasan macam ada benda yang bergerak-gerak bawah kelopak mata aku.
 
Sekali aku terbalikkan kelopak mata, ada bijik. Masa tu kecik je tapi dalam masa 2 minggu, biji tu membesar 2 kali ganda dan jadi merah, berair, dan teramatlaa sakit sampai mata aku tak boleh bukak langsung. Walaupun masa tu aku memamng on treatment. Ubat memang aku takda skip. Mata aku pulak makin lama makin kabur. Demam, selsema aku berulang, sembuh sekejap lepas tu datang balik
.
Dipendekkan cerita, aku dirujuk kepada pakar mata. Pemeriksaan menyeluruh dibuat termasuk sampel darah untuk serology dan sampel bijik dalam mata aku. Selepas 2 minggu, aku disahkan terkena penyakit ‘CAT SCRATCH DISEASE’ yang berpunca daripada bakteria BARTONELLA HENSELAE.
 
 
 
 Aku macam tak percaya. Serius. Sungguh tapi aku dah terima hakikat dan semua ni buatkan aku tambah berhati-hati bila kena cakaran kucing, terus disinfect tangan dan apply antiseptic cream. Sapa tau. Sekarang, aku masih lagi dalam rawatan. Mata semakin kurang bengkak, dah boleh buka walaupun sepet. Dan paling penting dah tak sakit. Tapi, aku masih lagi demam dan selsema berulang-ulang.
 
Semoga cerita aku menjadi tauladan untuk semua. Jangan ambil mudah dengan cakaran kucing. Terus cuci tangan. Kalau belum ada tenanus protection, pergi klinik untuk dapatkan tetanus injection. Kalau bengkak, terus dapatkan rawatan doktor. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Dan doakan aku cepat sembuh.

Sumber - tun tejaa 

1 comment... add one now

Maman Reen Maman Reen Ogos 09, 2016
Kawan office lama sebelum ni pernah kena gigit dengan kucing liar kat jari telunjuk..

Kucing liar tu berkudis.. Niat kawan nak bawak pergi vet utk rawatan. Sekali kne gigit..

Mula2 xde pape.. Selepas smggu, tempat gigitan mula bernanah dan membengkak..

Pergi check, kena buat operation dan di beri cuti 2 bulan..