Gara-Gara Muat Naik Status Di Facebook, Kembar Datuk Lee Chong Wei Jadi Terkenal

“Tahniah kepada kembar saya! #DatoLCW merupakan statu yang dimuat naik oleh Ika Syazwani yang mempunyai rupa mirip dengan wira negara kita, Datuk Lee Chong Wei jadi tarikan pengguna media sosial hingga jadi viral.
Selain status, Ika juga turut meletakkan gambarnya bersebelahan dengan gambar Datuk Lee chong Wei sebagai ucapan penghargaan dan tahniah kepada atlit negara itu.
Status itu mula dikongsi oleh ramai netizen hingga ada yang ingin mengenali ika secara peribadi. Menurut Ika , dia sendiri tidak sangka orang ramai menyamakan wajahnya dengan Datuk Lee Chong Wei. Gadis ini dikatakan mempunyai darah kacukan Cina dan disebabkan itu struktur wajahnya ada iras seperti atlit tersebut.
Sebelum ini foto Ika sudah jadi viral kerana wajahnya mirip dengan Lee Chong Wei sejak dari tahun 2013.
Jelas Ika, dia sendiri tidak menyangka foto itu jadi viral dan dikaitkan dengan Datuk Lee Chong Wei. Ika akui dia memang mengikuti perlawanan badminton Chong Wei di Olimpik dan begitu berbangga dengan kejayaan Chong Wei yang mara hingga ke peringkat akhir.
“Secara keseluruhan, Datuk Lee adalah yang terbaik. Walaupun beliau memenangi pingat perak, tetapi kita semua tahu beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Tahniah sekali lagi,”

0 comment... add one now