Fungsi menarik aplikasi Family Safety tawar kawal selia canggih buat gajet anak

Aplikasi Family Safety tawar kawal selia canggih buat gajet anak

Gajet sememangnya bukan elemen asing dalam kehidupan anak-anak masa kini, namun pengawalan ke atas penggunaannya seringkali menjadi antara permasalahan yang dihadapi ibu bapa era ini.

Syarikat Digi Telekomunications Sdn Bhd mengulangi komitmen melindungi kehidupan digital pelanggan dengan pelancaran Aplikasi Digi Family Safety dalam membantu memudahkan golongan ibu bapa.

Aplikasi ini membenarkan ibu atau bapa mengawal telefon mudah alih atau gajet anak dan ahli keluarga lain (menawarkan sehingga tujuh ahli keluarga) melalui telefon mereka sendiri.

Antara fungsi menarik yang terdapat dalam aplikasi ini adalah:

1. Family Location. Mengenal pasti lokasi ahli keluarga.


family safety apps
family safety apps



2. Geo-fencing. Anda boleh tetapkan radius lokasi atau zon keselamatan buat ahli keluarga.
  • Sekiranya mereka keluar daripada lokasi yang ditetapkan, satu notifikasi akan diberi. Notifikasi  yang sama akan anda dapat sekiranya ahli keluarga kembali ke radius yang ditetapkan.

Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety



3. Check–ins. Untuk memberitahu ahli keluarga di mana anda berada.


Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




4. Panic Alert. Memudahkan penghantaran isyarat kecemasan dengan lokasi kepada semua telefon ahli keluarga.

Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety



5. Parental Control. Kawalan ketat ke atas penggunaan telefon oleh ahli keluarga
  • Anda boleh tetapkan masa dan hari penggunaan telefon
  • Serta dapat mengawal muat turun aplikasi serta penggunaan aplikasi tersebut.

Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety



Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




6. Phone security. Membenarkan anda mencari telefon, membuat panggilan, mengunci telefon atau membuka telefon serta memadam data ahli keluarga sekiranya telefon mereka hilang atau dicuri. Semua ini boleh dibuat dari telefon anda ke telefon mereka.


Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety


Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety




7. Bagaimana jika anak atau ahli keluarga ingin membuang aplikasi ini dari telefon mereka?
  • Setiap perubahan yang mahu dilakukan ke atas aplikasi tersebut memerlukan kata kunci (Family Code).
  • Kata kunci ini akan ditetapkan oleh pemegang akaun utama iaitu ibu atau bapa. Jadi hanya dengan kata kunci, anak atau ahli keluarga lain boleh menutup fungsi yang ada pada aplikasi ini.
Aplikasi Digi Family Safety
Aplikasi Digi Family Safety



Aplikasi Digi Family Safety kini boleh dimuat turun di Google Play Store.

Aplikasi ini datang dengan dua pilihan: Freemium, percuma sehingga 2 orang ahli keluarga dan Premium untuk pelanggan Digi dengan bayaran RM5 sebulan.

Selain ciri-ciri asas, pelanggan yang melanggan Premium juga akan dapat menikmati kesemua ciriParental Control, dan boleh menjemput sehingga tujuh ahli keluarga dengan dan menetapkan sehingga 20 kawasan keselamatan.

Buat masa ini, pelan premium adalah percuma untuk 30 hari pertama untuk pelanggan Digi.

Versi iOS boleh dimuat turun bermula Ogos.

0 comment... add one now