Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Jadi Pencabar Perodua Bezza?

Proton Saga 2016SEMAKIN hampir tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Saga 2016 bocor di laman sosial.
Kini tiba pula giliran Proton Saga 2016 bocor di mana beberapa keping gambar padangan hadapan dan belakang tampak jelas. Berdasarkan beberapa gambar tersebar ini, ia tampak diambil dari dalam kilang pemasangan Proton.
Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (5)Sedia maklum, pihak Proton juga sudah mengumumkan bahawa Proton Saga 2016 ini akan dilancarkan pada September 2016, iaitu selepas Proton Persona.
Jika dibandingkan dengan model Saga sedia ada, ia tampak lebih menarik. Baik dari pandangan hadapan mahupun belakang.

Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (4)ENJIN 1.3L:

Dari segi prestasi, kami difahamkan Proton Saga 2016 hanya dipadankan dengan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama seperti model Iriz. Tiada lagi enjin 1.6L akan diperkenalkan dalam varian Proton Saga 2016.
Lebih menarik, Proton Saga 2016 juga dikatakan mempunyai mod pemanduan ECO di mana ia bakal memberi penjimatan bahan api lebih baik.

Proton Saga 2016 BocorHARGA:

Dijangkakan Proton akan mengekalkan harga sama seperti model Saga sedia ada, iaitu sekitar RM35,000 hingga RM40,000.

Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (1)PENCABAR PERODUA BEZZA:

Yang pasti, kehadiran Proton Saga 2016 bakal memberi cabaran hebat buat Perodua Bezza. Jika Saga 2016 mampu mengekalkan harga seperti model sedia ada, sudah pasti ia memberi kelebihan kepada Proton.
Cuba bayangkan dengan harga RM35,000 anda akan mendapat enjin 1.3L berbanding Perodua Bezza 1.0L yang dijual pada harga bermula RM37,000. Oppsss…
Apa-apa pun, saya berharap kehadiran Proton Saga 2016 ini akan melonjak kembali nama dan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton. 

Kredit - pandulaju 

1 comment... add one now

Sahabat Sahabat Ogos 05, 2016
Keren banget gan mobilnya, sayang banget aku ga mampu membelinya :(