Ford Mustang GT kereta sports paling laris di India?

Mula dipamerkan di Auto Expo 2016, Ford Mustang baharu telah menjadi kereta sport paling laris di dunia awal tahun ini. Kini, setelah dilancarkan di India pada bulan Julai lepas, Ford Mustang GT telah menjadi kereta sports paling laris di India! Itulah yang dilaporkan oleh portal India www.rushlane.com
Ford Mustang Drive
Ford Mustang Drive
Mustang GT baharu telah menjadi “goreng pisang panas” (err…mungkin capati panas lebih sesuai…) di kalangan pembeli kereta sports di negara itu. Bagi bulan Julai 2016, 35 unit telah dijual. Sebagai perbandingan, kereta jenama lain dalam segmen yang sama, iaitu dengan enjin 5.0L V8 dan ke atas, dijual kira-kira 5-10 unit dalam setahun. Ford Mustang GT baharu ini berharga INR 65 lakhs (laksa = ratus ribu) di India sebagai unit siap dipasang atau CBU.
Ford Mustang Drive
Ford Mustang Drive
Ford Mustang GT ini ditawarkan dalam enam pilihan warna yang termasuk Absolute Black, Jongkong Perak, Oxford White, Triple Yellow Tricoat, Magnetik dan Merah Race. Ia dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter yang dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan yang menawarkan 395 kuasa bhp dan 515 Nm tork, persediaan yang membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam 4 saat dan kelajuan maksimum 250 kilometer sejam.
Ford Mustang Drive
Ford Mustang Drive
Ford Mustang Drive
Ford Mustang Drive

0 comment... add one now