Ford Gantung Label Pada Tombol Gear Kereta Manual

bhbs2hungrpti4zgyu5s

Secara umumnya, kereta tidak datang dengan panduan. Memang setiap kereta baru yang dibeli datang dengan manual, tetapi cara memandu kereta secara asasnya diketahui oleh semua orang apabila membeli kereta. Sebab itu label yang digantung pada tombol gear model 2016 Ford Fiesta ini mengelirukan. Tidak pernah lagi dengar pengeluar kereta membuat sesuatu seperti ini.

Perkara ini disedari oleh seorang pengguna kereta Volkswagen Beetle yang bekerja di pengedar Ford di Amerika Syarikat. Rupa bentuknya tidak lari seperti label ‘Do Not Disturb’ yang digantung di hotel dengan mesej yang lebih kurang sama iaitu jangan ganggu tombol gear ketika ia sedang bekerja.


Mesej yang cuba disampaikan di sini ialah untuk menekan klac sepenuhnya sebelum menukar gear. Tetapi yang paling penting ialah poin kedua iaitu untuk menukar kepada gear undur (reverse).

Mungkin kerana Ford banyak mendapat aduan daripada pengguna seperti bunyi kasar ketika masuk gear undur sehinggakan mereka terpaksa mencetak label ini. Tetapi ianya hanya dilihat pada model Fiesta. Mungkin model Mustang tiada masalah seperti ini kot?

Tetapi apa-apa pun, ianya satu nasihat yang baik; jangan jahanamkan transmisi anda. Terima kasih Ford, satu idea yang menarik!

P/S: Mungkin pengeluar kereta di Malaysia pun patut ambil langkah yang sama dan berikan label ini untuk kereta manual. Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada pengguna agar tidak habis duit pada masa akan datang untuk membaiki transmisi kereta.

0 comment... add one now