Fesyen Awal Ashaari Tampil Pakai Skirt, Teruk Kena Kecam Netizen!


Tibanya minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang menyaksikan pelbagai koleksi pakaian yang diperagakan oleh artis-artis terkenal tempatan yang tampil dengan “Ready To Wear” mereka.
Namun tidak semua cara dan gaya pemakaian mereka di terima oleh masyarakat dan ada sesetengah artis dikecam akibat terlalu seksi dan menjolok mata, antaranya ialah Kilafairy dan Izara Aishah.
Terbaru, Awal Ashaari juga dikecam hebat selepas tampil dengan menggayakan skirt pada hari terakhir KLFW. Rekaan fesyen Joshua Fitton itu terima kritikan hebat dan sudah semestinya Awal terkena tempias kerana menggayakan pakaian tersebut.   
Mungkin fesyen itu tidak diterima pakai oleh masyarakat walaupun pemakaian skirt adalah pekaian yang tidak asing lagi bagi kaum lelaki di Scotland.
Bagi mereka yang gila fesyen mungkin menganggap gaya ini unik dan belum pernah digayakan oleh sesiapa lagi. Namun , kena tahu,  peratus yang tidak setuju dengan gaya ini lebih banyak jika ia mula jadi fenomena di Malaysia.  

0 comment... add one now