Fakta Kelam Disebalik Kejayaan China Di Olimpik

China selalunya memegang tempat pertama sehingga ketiga secara konsisten sejak Sydney 2004 sampai Olimpik  Rio 2016 sekarang. Ia sememangnya prestasi yang membanggakan tetapi ada kisah dan fakta kelam disebalik kejayaan yang diraih dalam setiap sukan Olimpik ini. 
Ramai yang sudah maklum sebahagian besar atlet China memulakan karier Olimpik mereka pada usia yang sangat muda. Demi mengharumkan nama negara, kebanyakkan merekan mengorbankan masa kecilnya untuk berlatih dan ada yang sanggup berpisah dengan keluarga untuk menjalani latihan.
Kanak - kanak akan dipaksa untuk melakukan latihan dan sesetengah latihan mereka ternyata melampaui batas fizik mereka bahkan ada yang dipukul kerana tidak memberikan sepenuh perhatian.
Johannah Doecke, pelatih menyelam di Indiana University-Purdue University Indianapolis dari Amerika Syarikat menceritakan pengalaman beliau menjadi jurulatih kepada seorang penyelam China bernama Chen Ni kepada Reuters pada tahun 2012.
"Jika dia melakukan kesalahan, ia akan langsung bersujud dan meminta maaf kerana ketakutan."
Sementara itu, hampir setengah juta kanak - kanak di China menjalani latihan di sekolah olahraga. Walaupun terdapat ramai atlet namun hanya yang terbaik sahaja akan terpilih untuk mewakili negara.

0 comment... add one now