Facebook Perkenal Lifestage Untuk Saingi Snapchat


Facebook baru-baru ini telah melancarkan aplikasi baru yang diberi nama Lifestage sebagai inovasi baru untuk memikat hati golongan remaja  yang semakin ramai meninggalkan aplikasi sosial media tersebut.Aplikasi yang direka khusus untuk golongan remaja ini bakal menyaingi aplikasi SnapChat yang selalu mendapat tempat di hati pengguna remaja.
Aplikasi Lifestage ini seakan-akan mirip dengan aplikasi Snapchat di mana pengguna boleh memuatnaik klip video tentang kesukaan mereka, perkara yang dibenci dan apa sahaja ekspresi mereka. Pengguna Lifestage juga boleh berkongsi klip video pendek pada bila-bila masa sahaja.
Aplikasi Lifestage hanya boleh digunakan oleh mereka yang berusia 21 tahun ke bawah sahaja sebelum mereka dapat melihat profil pengguna yang lain. Meskipun mempunyai batasan umur, pengguna yang berusia 21 tahun ke atas masih lagi boleh memuatturun dan menggunakan aplikasi Lifestage ini tetapi mereka hanya dapat melihat profil diri sendiri sahaja. 
Idea aplikasi Lifestage ini hadir dari Product Manager Facebook, Michael Sayman yang baru sahaja berusia 19 tahun. “Saya ingin membuat aplikasi yang relevan dengan usia remaja saya dan kawan-kawan yang lain” tambahnya.
Sumber dari The Next Web.

0 comment... add one now