Dwayne 'The Rock' Johnson pelakon bayaran tertinggi dunia - Forbes

Dwayne 'The Rock' Johnson pelakon bayaran tertinggi dunia - Forbes

Dwayne “The Rock” Johnson disenaraikan sebagai pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia dengan $64.5 juta (RM259 juta) sekaligus merampas kedudukan yang dipegang oleh Robert Downey Jr selama tiga tahun berturut-turut.

Bekas bintang gusti berusia 44 tahun itu menggandakan pendapatannya menerusi wataknya dalam filem aksi komedi Central Intelligence, siri ke-8 francais Fast & Furious, serta filem akan datang Baywatch.

Tahun lalu, Johnson berada di tangga ke-11 dengan pendapatan sejumlah $31 juta yang diperoleh antara Jun 2014 hingga Jun 2015.

Jennifer Lawrence mendahului senarai bagi kategori pelakon wanita dengan jumlah bayaran $46 juta (RM185 juta), lebih rendah berbanding Johnson.

Isu jurang gender dalam pembayaran pelakon telah menjadi isu hangat di Hollywood sejak sekian lama dan bintang American Hustle itu merupakan antara pelakon wanita yang lantang menyuarakan hak bayaran setara bagi pelakon lelaki dan wanita.

Berikut merupakan 10 pelakon lelaki yang menerima bayaran tertinggi di dunia tahun ini:

1. Dwayne Johnson
$64.5 juta (RM259 juta)

2. Jackie Chan
$61 juta (RM245 juta)

3. Matt Damon
$55 juta (RM221 juta)

4. Tom Cruise
$53 juta (RM213 juta)

5. Johnny Depp
$48 juta (RM193 juta)

6. Ben Affleck
$43 juta (RM173 juta)

7. Vin Diesel
$35 juta (RM140 juta)
8. Shah Rukh Khan
$33 juta (RM132 juta)

9. Robert Downey Jr.
$33 juta (RM132 juta)

10. Akshay Kumar
$31.5 juta (RM126 juta)

0 comment... add one now